CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 1
Mata pelajaran :Matematik
Kelas :Tahun 4 Amanah
Tarikh :25 April 2011
Masa :8.00 pagi – 8.30 pagi (30 minit)
Bilangan murid :25 orang
Bidang pelajaran :Pecahan
Objektif pembelajaran :Menamakan dan menulis pecahan wajar yang penyebutnya
hingga 10
Hasil pembelajaran :Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:
A Menguasai isi kandungan
Menamakan dan menulis pecahan wajar yang penyebutnya hingga 10
B Membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi berfikir
Menterjemah dan mengaplikasikan pecahan wajar yang penyebutnya
hingga 10 dari gambar rajah diberi
C Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
Yakin diri dan patuh arahan guru dalam menjalankan aktiviti
Konsep/prinsip/hukum/teori:
Pecahan wajar penyebutnya kurang daripada 10
Bahan, peralatan dan bahan sumber:
Kek - 1 biji
Pisau - 1 bilah
Langkah berjaga-jaga:
Berhati-hati semasa menggunakan pisau semasa memotong kek.
Pengetahuan sedia ada:
Murid telah mempelajari pecahan , dan
Fasa | Isi Kandungan | Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran | Nota | |
Aktiviti Guru | Aktiviti Murid | |||
Permulaan/ Mencungkil idea (5 min) | Menama pecahan wajar yang penyebutnya hingga 10 | Buat kaitan dengan pengetahuan sedia ada murid dengan simulasi memotong kek hari lahir | Murid memberi perhatian | Strategi/ Teknik: Tunjuk cara |
Menstruktur/ Menstruktur semula idea (10 min) | Menama dan menulis pecahan wajar yang penyebutnya hingga 10 | Mengutarakan satu persoalan utama: 1)Berapakah pecahan kek yang telah dipotong? 2) Berapa pecahan kek yang telah guru ambil dan diletakkan dalam piring? 3) Menyoal soalan lain Debriefing Taksir kefahaman secara lisan – Murid yang telah menguasai maju ke fasa aplikasi, manakala murid yang tidak, diberi penerangan kumpulan kecil | Murid memberi respon Aktviti pemulihan: Mendengar penerangan guru dalam kumpulan kecil | KBKK: Menterjemah dan mengaplikasi Strategi/ Teknik: Penyoalan seluruh kelas Sikap saintifik dan nilai murni: Yakin diri dan patuh arahan |
Aplikasi Idea (10 min) | Menama dan menulis pecahan wajar yang penyebutnya hingga 10 secara bertulis | 1)Membahagikan murid kepada 5 kumpulan 2)Memberikan setiap kumpulan kit pecahan beserta soalan. | Murid menyelesaikan masalah dan menjawab soalan dalam kumpulan | Strategi: Perbincangan kumpulan |
Refleksi/ Penutup (5 min) | Menama dan menyatakan pecahan wajar yang penyebutnya hingga 10 secara lisan | Taksir kefahaman pelajar dengan memberi kuiz pendek. Tingkatkan keterujaan dengan mengadakan pertandingan antara kumpulan | Pelajar berbincang dalam kumpulan untuk menjawab kuiz . | Strategi: Penyoalan keseluruhan kelas Strategi: Perbincangan kumpulan |
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2
Mata pelajaran :Matematik
Kelas :Tahun 4 Amanah
Tarikh :26 April 2011
Masa :9.00 pagi – 10.00 pagi (1 jam)
Bilangan murid :25 orang
Bidang pelajaran :Pecahan
Objektif pembelajaran :Membandingkan nilai 2 pecahan wajar dengan
a) Sama penyebut
b) Pengangka 1 dan penyebutnya berbeza sehingga 10
Hasil pembelajaran :Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:
A Menguasai isi kandungan
Membandingkan nilai 2 pecahan wajar dengan
a) Sama penyebut
b) Pengangka 1 dan penyebutnya berbeza sehingga 10
B Membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi berfikir
Membanding beza nilai 2 pecahan wajar dengan sama penyebut dan
berbeza penyebut sehingga 10.
C Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
Bekerjasama dan patuh arahan guru dalam menjalankan aktiviti
Konsep/prinsip/hukum/teori:
Nilai terbesar dan terkecil bagi pecahan wajar
Bahan, peralatan dan bahan sumber:
Kit pecahan - 1 set
Pengetahuan sedia ada:
Murid telah mempelajari nilai sebahagian pecahan daripada nilai keseluruhan pecahan.
Fasa | Isi Kandungan | Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran | Nota | |
Aktiviti Guru | Aktiviti Murid | |||
Permulaan/ Mencungkil idea (5 min) | Membandingkan 2 nilai pecahan wajar | Buat kaitan dengan pengetahuan sedia ada murid dengan demonstrasi perbandingan pecahan menggunakan kit pecahan | Murid memberi perhatian | Strategi/ Teknik: Tunjuk cara/ demonstrasi |
Menstruktur/ Menstruktur semula idea (30 min) | Membanding nilai 2 pecahan wajar dengan: a)Sama penyebut b)Pengangka 1 dan penyebutnya berbeza sehingga 10 | 1) Menyatakan contoh perbandingan nilai pecahan terkecil dan terbesar 2)Membahagikan murid kepada 5 kumpulan. 3)Mengedarkan 10 gambar rajah pecahan kepada setiap kumpulan murid Debriefing Taksir kefahaman secara lisan – Murid yang telah menguasai maju ke fasa aplikasi, manakala murid yang tidak, diberi penerangan kumpulan kecil | Murid memberi perhatian Murid menjalankan aktiviti kumpulan Aktviti pemulihan: Mendengar penerangan guru dalam kumpulan kecil | KBKK: Membanding beza Strategi/ Teknik: Penyoalan seluruh kelas Sikap saintifik dan nilai murni: Bekerjasama dan patuh arahan |
Aplikasi Idea (15 min) | Membanding nilai 2 pecahan wajar dengan: a)Sama penyebut b)Pengangka 1 dan penyebutnya berbeza sehingga 10 secara lisan | Persoalan utama : Bandingkan nilai pecahan terbesar dan terkeci? | Murid memberi respon | Strategi: Perbincangan kumpulan KBKK: Membanding beza |
Refleksi/ Penutup (10 min) | Menama dan menyatakan pecahan wajar yang penyebutnya hingga 10 secara bertulis | Taksir kefahaman pelajar dengan memberi lembaran kerja. | Pelajar menyelesaikan soalan pada lembaraan kerja secara individu. | Sikap saintifik dan nilai murni: Yakin diri dan patuh arahan |
Mata pelajaran :Matematik
Kelas :Tahun 4 Amanah
Tarikh :27/4/2011 (10.00-11.00 pagi)
Masa :10.00-11.00 pagi (60 minit)
Bilangan murid :25 orang
Tajuk :PECAHAN
Objektif pembelajaran :Menukar pecahan wajar kepada pecahan setara
Hasil pembelajaran :Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:
A Menguasai isi kandungan
Menukar pecahan wajar kepada pecahan setara.
B Membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi berfikir
Menterjemah dan mengaplikasi pecahan wajar kepada
pecahan setara.
C Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
Yakin diri dan bantu-membantu.
Konsep/prinsip/hukum/teori :Pecahan setara ada pecahan yang sama nilai.
Bahan, peralatan dan bahan sumber :Kertas putih – 12 keping
kertas warna – 12 keping
gunting – 10 bilah
gam–5 botol
Langkah berjaga-jaga : Berhati-hati semasa menggunakan gunting.
Pengetahuan sedia ada : Murid telah mempelajari nilai pecahan setara .
Fasa | Isi Kandungan | Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran | Nota | |
Aktiviti Guru | Aktiviti Murid | |||
Permulaan/ Mencungkil idea (5 min) | Demonstrasi pecahan wajar kepada pecahan setara menggunakan lipatan kertas | Guru melakukan demonstrasi pecahan wajar kepada pecahan setara dengan menggunakan lipatan kertas. | Murid memberi perhatian | Strategi/ Teknik: Demonstrasi lipatan dan guntingan kertas. |
Menstruktur/ Menstruktur semula (20 min) | pecahan wajar kepada pecahan setara | Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan. Debriefing Guru menaksir kefahaman murid secara lisan-Murid yang telah menguasai maju ke fasa aplikasi, manakala murid yang tidak, dikumpul dalam satu kumpulan kecil. | Murid menjalankan Aktiviti berkumpulan lipatan dan gunting kertas. Aktviti pemulihan: Mendengar penerangan guru dalam kumpulan kecil | Strategi/ Teknik: Aktiviti inkuiri dalam kumpulan Sikap saintifik dan nilai murni: Penglibatan aktif Menghargai masa |
Aplikasi Idea (25 min) | Perbentangan kumpulan dan perbincangan. | Guru memberi respon hasil pembentangan kumpulan . | murid menyelesaikan masalah dalam kumpulan Pelajar membentangkan dapatan | Strategi: Perbincangan kumpulan . |
Refleksi/ Penutup (10 min) | Kuiz pendek | Guru menaksir kefahaman pelajar dengan memberi kuiz pendek. Guru mengadakan pertandingan antara kumpulan untuk meningkatkan keterujaan Murid | Murid berbincang dalam kumpulan untuk menjawab kuiz . | Strategi: Penaksiran kuiz pendek. |
Mata pelajaran :Matematik
Kelas :Tahun 4 Amanah
Tarikh :28/4/2011
Masa : (8.00-9.00 pagi)
Tajuk :PECAHAN
Objektif pembelajaran : Menulis pecahan wajar dalam bentuk termudah.
Hasil pembelajaran :Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:
A Menguasai isi kandungan
Menukar pecahan wajar dalam bentuk termudah.
B Membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi berfikir
Menterjemah dan mengaplikasi pecahan wajar dalam bentuk termudah.
C Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
Yakin diri dan bantu-membantu.
Konsep/prinsip/hukum/teori :Pecahan bentuk termudah adalah pecahan terkecil.
Bahan, peralatan dan bahan sumber :Blok pecahan – 2 set
Pengetahuan sedia ada : Murid telah mempelajari nilai pecahan wajar dalam bentuk tahun 3.
Fasa | Isi Kandungan | Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran | Nota | |
Aktiviti Guru | Aktiviti Murid | |||
Permulaan/ Mencungkil idea (5 min) | Demonstrasi menggunakan blok-blok pecahan untuk menunjukkan pecahan wajar dalam bentuk yang termudah. | Guru melakukan demonstrasi pecahan wajar dalam bentuk yang termudah dengan menggunakan blok-blok pecahan | Murid memberi perhatian | Strategi/ Teknik: Demonstrasi blok-blok pecahan |
Menstruktur/ Menstruktur semula (20 min) | Aktiviti berkumpulan mengikut stesen. | Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan. Debriefing Guru menaksir kefahaman murid secara lisan-Murid yang telah menguasai maju ke fasa aplikasi, manakala murid yang tidak, dikumpul dalam satu kumpulan kecil. | Murid menjalankan Aktiviti berkumpulan menggunakan blok-blok pecahan Aktviti pemulihan: Mendengar penerangan guru dalam kumpulan kecil | Strategi/ Teknik: Aktiviti inkuiri dalam kumpulan Sikap saintifik dan nilai murni: Penglibatan aktif Menghargai masa |
Aplikasi Idea (25 min) | Soal jawab dan perbincangan. | Guru menyoal seluruh kelas dan memberi respon hasil jawapan murid . | murid memberi respon kepada soalan guru dan membentangkan hasil perbincangan kumpulan. | Strategi: Penyoalan seluruh kelas dan perbincangan kumpulan . |
Refleksi/ Penutup (10 min) | Lembaran kerja. | Guru menaksir kefahaman pelajar dengan memberi lembaran kerja. | Murid berbincang dalam kumpulan untuk menjawab lembaran kerja. | Strategi: Penaksiran melalui lembaran kerja murid. |