TENTANG SAYA

My photo
Tawau, Sabah, Malaysia
GURU MATEMATIK SK.KUKUSAN,TAWAU,SABAH

Friday 14 October 2011

KANAK-KANAK MEMPELAJARI MATEMATIK.


Menurut Mohd Daud Hamzah (1996), kanak-kanak mempelajari matematik melalui kegiatan seharian tertentu. Ada beberapa aktiviti yang membantu kanak-kanak memperolehi konsep-konsep awal matematik iaitu aktiviti padanan (matching), penjenisan (sorting), reguan (pairing), dan susunan aturan (ordering).
Padanan ialah kegiatan memilih sifat tertentu dan membuat perbandingan. Penjenisan pula adalah kegiatan memilih sifat umum di kalangan bentuk-bentuk. Reguan merupakan kegiatan menyatakan keselarian objek-objek secara satu lawan satu. Manakala susunan aturan adalah kegiatan meletakkan perkara sepanjang satu barisan.Walau bagaimanapun, terdapat beberapa teori daripada pakar-pakar pembelajaran bagaimana kanak-kanak mempelajari matematik dan jenis matematik yang boleh dipelajari pada peringkat yang berbeza dalam perkembangan kognitifnya. Antaranya ialah Teori Piaget, Bruner, Gagne dan Dienes.
   
Sebagai seorang guru matematik sekolah rendah, kita harus memberi tumpuan terhadap perkembangan kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit. Ketika usia sebegini kanak-kanak hanya boleh memahami konsep matematik melalui pengalaman konkrit. Oleh itu, alat bantuan mengajar dapat membantu murid-murid memahami konsep matematik. Paiget berpendapat bahawa asas pada semua pembelajaran ialah aktiviti kanak-kanak itu sendiri. Secara kesimpulannya, kanak-kanak belajar matematik melalui pengalaman dan pengamatan sesuatu perkara. Selain daripada itu, kanak-kanak juga dapat meningkatkan pemikiran dengan menghasilkan konsep baru. Ini bermakna pengetahuan boleh dianggap sebagai koleksi konsep-konsep dan tindakan-tindakan berguna berpandukan kepada keadaan dan masa yang diperlukan.

















SELAMAT DATANG KE BLOG BIJAK MATEMATIK

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Salam perkenalan kepada mereka yang pertama kali mengunjungi blog ini.

Tujuan blog ini dibangunkan adalah untuk bagi memenuhi tugasan kerja kursus Teknologi Maklumat Sekolah Rendah(KRT3013) dalam Program Pensiswazahan Guru (PPG), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
          Pembinaan blog P&P ini adalah bagi satu topik pengajaran yang berdasarkan sukatan mata pelajaran dari kementerian Pelajaran Malaysia.

          Blog P&P ini mengenai mata pelajaran Matematik Tahun 4 bagi topik PECAHAN .

        Sekian dan selamat belajar.