TENTANG SAYA

My photo
Tawau, Sabah, Malaysia
GURU MATEMATIK SK.KUKUSAN,TAWAU,SABAH

Sunday 11 December 2011

PECAHAN

Pecahan (Bahasa Inggeris : fraction dan dari Bahasa Latin Fractus,dipecahkan) ialah nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan atau sekumpulan benda.

Pecahan terdiri daripada pengangka dan penyebut. Pengangka mewakili bahagian yang sama dan penyebut menunjukkan berapa banyak bahagian tersebut yang membentuk keseluruhan. Sebagai contoh;
pengangka 1 menunjukkan 1 bahagian sama,
sementara penyebut 4 menunjukkan yang
bahagian yang membentuk keseluruhan.

Pecahan setara ialah pecahan yang sama nilai. Dengan mendarab pengangka dan penyebut sesuatu pecahan dengan nombor yang sama, hasil pecahan yang baru adalah setara dengan pecahan yang asal. Contohnya untuk pecahan 1/2 apabila pengangka dan penyebut didarab dengan 2, hasilnya adalah 2/4.







Friday 9 December 2011

OBJEKTIF PENGAJARAN PECAHAN TAHUN 4

OBJEKTIF PENGAJARAN
TOPIK 2 : PECAHAN

1. Menamakan dan menulis pecahan wajar yang penyebutnya hingga 10.
2. Membandingkan nilai 2 pecahan wajar ;
a) sama penyebut dan pengangka 1
b) penyebutnya berbeza sehingga 10.
3. Menukar pecahan wajar kepada pecahan setara.
4. Menulis pecahan wajar dalam bentuk termudah.
5. Menambah pecahan wajar yang penyebutnya hingga 10 ;
a) sama penyebut.
b) beza penyebut.
6. Menolak pecahan wajar yang penyebutnya hingga 10;
a) sama penyebut.
b) beza penyebut.

Friday 14 October 2011

KANAK-KANAK MEMPELAJARI MATEMATIK.


Menurut Mohd Daud Hamzah (1996), kanak-kanak mempelajari matematik melalui kegiatan seharian tertentu. Ada beberapa aktiviti yang membantu kanak-kanak memperolehi konsep-konsep awal matematik iaitu aktiviti padanan (matching), penjenisan (sorting), reguan (pairing), dan susunan aturan (ordering).
Padanan ialah kegiatan memilih sifat tertentu dan membuat perbandingan. Penjenisan pula adalah kegiatan memilih sifat umum di kalangan bentuk-bentuk. Reguan merupakan kegiatan menyatakan keselarian objek-objek secara satu lawan satu. Manakala susunan aturan adalah kegiatan meletakkan perkara sepanjang satu barisan.Walau bagaimanapun, terdapat beberapa teori daripada pakar-pakar pembelajaran bagaimana kanak-kanak mempelajari matematik dan jenis matematik yang boleh dipelajari pada peringkat yang berbeza dalam perkembangan kognitifnya. Antaranya ialah Teori Piaget, Bruner, Gagne dan Dienes.
   
Sebagai seorang guru matematik sekolah rendah, kita harus memberi tumpuan terhadap perkembangan kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit. Ketika usia sebegini kanak-kanak hanya boleh memahami konsep matematik melalui pengalaman konkrit. Oleh itu, alat bantuan mengajar dapat membantu murid-murid memahami konsep matematik. Paiget berpendapat bahawa asas pada semua pembelajaran ialah aktiviti kanak-kanak itu sendiri. Secara kesimpulannya, kanak-kanak belajar matematik melalui pengalaman dan pengamatan sesuatu perkara. Selain daripada itu, kanak-kanak juga dapat meningkatkan pemikiran dengan menghasilkan konsep baru. Ini bermakna pengetahuan boleh dianggap sebagai koleksi konsep-konsep dan tindakan-tindakan berguna berpandukan kepada keadaan dan masa yang diperlukan.

















SELAMAT DATANG KE BLOG BIJAK MATEMATIK

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Salam perkenalan kepada mereka yang pertama kali mengunjungi blog ini.

Tujuan blog ini dibangunkan adalah untuk bagi memenuhi tugasan kerja kursus Teknologi Maklumat Sekolah Rendah(KRT3013) dalam Program Pensiswazahan Guru (PPG), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
          Pembinaan blog P&P ini adalah bagi satu topik pengajaran yang berdasarkan sukatan mata pelajaran dari kementerian Pelajaran Malaysia.

          Blog P&P ini mengenai mata pelajaran Matematik Tahun 4 bagi topik PECAHAN .

        Sekian dan selamat belajar.